Thursday, November 20, 2008BDB oh BDB!!!
Posted by OneRich at 10:35 AM 0 comments
Wednesday, November 19, 2008Masuk Untuk Rugi?
Apa yang mampu kita lakukan kalau begini pasaran semasa.Adakah pasaran sebegini yang dikatakan " Entry Untuk Loss ?".Tetapi walaupun demikian saya yakin masih lagi ramai rakan trader yang berkebolehan untuk mengutip hasil sewaktu pasaran sebegini dengan menggunakan kaedah masing-masing. Bagi yang masih baru seperti saya, bila tiba waktu begini, mulalah tengok kiri tengok kanan, tengok atas tengok bawah. Dah cuba-cuba masuk, huhhh..loss pulak.Tengok astro lagi bagus, atau layan anak-anak atau keluar minum atau buat revisi. Ada yang mungkin mengintai 'bdb' atau 'breakout fractal' di time frame yang lebih kecil seperti M5 atau M1.Boleh kutip "samah seriyal" jadilah...hehehe.. Kalaulah rakan-rakan pengunjung budiman blog ini mempunyai idea bernas yang pernah dilakukan atau teknik apa yang dilakukan semasa 'corective' ini amatlah bagus dan dihargai untuk dicatat dalam ruangan komen anda.Boleh juga rakan-rakan lain mendapat ilmu dan manafaat. Nasihat rakan kepada saya, gunakanlah masa ini untuk perkara-perkara yang bermanafaat dan mampu dilakukan.Ini juga boleh dilakukan apabila terlepas untuk masuk dengan BDB. Jika seminggu tiada 'profit' yang dihasilkan atau mungkin 'loss' pula yang kita perolehi. Ini mungkin akan menjejaskan kosentrasi kita, apatah lagi jika kita mengalami masalah kewangan atau masalah kerja. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain terus berusaha dan yakin dengan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan kita tak putus-putus memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.Insyallah! satu hari nanti,mungkin esok atau lusa atau minggu depan, kita akan berada pada masa yang tepat untuk 'entry' dan mengutip 'profit'. "Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat ( keselamatan dari mara bencana ), dan terjaganya rahsia-rahsia ( dosa-dosa )ku, maka sempurnakan nikmatMu afiatMu dan penjagaanMu, di dunia dan di akhirat."
Posted by OneRich at 4:58 PM 1 comments
Friday, November 14, 2008Mind Set Aku Kena Betul!
CUEPACS: Jangan mudah terpedaya skim cepat kaya
Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengingatkan ahli-ahlinya agar jangan mudah terpedaya dengan taktik halus skim cepat kaya.
Presidennya, Omar Osman menegaskan, memandangkan ia adalah sesuatu yang serius, peringatan akan dibangkitkan pada Majlis Mesyuarat kesatuan itu yang berlangsung esok sehingga 15 November di Kota Kinabalu.
Katanya, skim cepat kaya itu antara lain menipu wang orang ramai dengan pujuk rayu menerusi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
''Kami hendak seluruh jabatan dan kesatuan di peringkat negeri dapat menyampaikan mesej itu kepada ahli sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa skim cepat kaya itu.
''Mana boleh kita mendapatkan pulangan yang begitu lumayan dalam masa yang singkat. Sekiranya kita menggunakan logik akal, kita akan sedar skim itu hanyalah satu helah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
__________________________________________________________________
Itu adalah sebahagian berita-berita tentang rakyat Malaysia boleh dikatakan kian 'terdesak' untuk mencari pendapatan alternatif selain pendapatan utama mereka. Begitu juga saya, anda, rakan-rakan anda dan sebahagian besar lagi yang meneroka pelbagai bidang untuk mencari 'wang tambah' atau mungkin sudah menjadikan ia sebagai pendapatan utama kerana memperolehi hasil lumayan.
Perniagaan FOREX bukan semudah yang disangkakan, dan tidak cukup dengan hanya menyertai satu-satu kelas dan kita akan berjaya.Walau bagaimanapun bagi yang sudah mengenali 'underlying structure' pasaran serta mahir dalam satu-satu sistem urus niaga, pendapatan mereka bagaikan paip yang mencurahkan 'USD' pada bila-bila masa yang dikehendaki dengan hanya memusing kepala paipnya sahaja. Insyallah saya dan juga anda yang masih belajar dan terus belajar akan mencapai tahap sedemikian. Dan kita belajar dari satu langkah ke satu langkah lagi yang lebih atas, dan jangan sesekali 'skip' pembelajaran terutama dalam mempelajari 'Trading Chaos'.
Pesan rakan 'trader', jika benar-benar ingin sukses sebagai 'Forex Trader', kita harus fokus betul-betul dalam memahami 'trading system' dan juga struktur aliran pasaran dengan sebaik mungkin.Dan jangan sesekali campur aduk sistem dan juga sibuk dengan urusan part time lain yang sememangnya kita tidak cukup masa atau ruang untuk menelaah dan memperbaiki 'perfomance' urus niaga kita.
Logiknya, jika kita lihat kejayaan seseorang itu disebabkan beliau fokus pada satu perkara sahaja dan tidak mencampur adukkan dengan perkara-perkara lain yang membolehkan beliau hilang fokus atau mengabaikan perkara-perkara yang perlu dalam proses mencipta sesuatu kejayaan.
Oleh itu, sama-sama kita renungkan dan jadikan iktibar jika ingin mencipta kejayaan sebagai 'Wiseman Trader'.Dan Tuhan tidak pernah berkata:" Kamu sekarang sudah diizinkan untuk berjaya".Melainkan kita ingin melakukannya.Insyallah kita akan berjaya....trading is waiting!
Posted by OneRich at 4:12 PM 1 comments
Friday, November 7, 2008Sekadar Kiraan EW TF H4 EURUSD
Jangan harapkan kiraan Elliot Wave itu bertepatan dengan pergerakan pasaran. Ini hanyalah sekadar kiraan peribadi dan saya jangkakan (buat masa ini) dalam proses untuk wave e (4) dan seterusnya turun untuk wave 5. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Dan masuklah posisi apabila wujud BDB dan jangan sesekali melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Ini bagi menjamin 'entry' kita dilindungi dan seterusnya memberi 'profit'. Dan sememangnya pergerakan pasaran sekarang dalam 'corrective' dan ia perlu ditanggani dengan bijaksana oleh kita. Baik tiada 'entry' daripada 'entry' dengan rasa ragu dan berharap mengikut apa saja perkiraan kita sendiri.Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga buat semua pengunjung blog ini.
Posted by OneRich at 5:05 PM 3 comments
Thursday, November 6, 2008Bersyukurlah Di Atas Anugerah-Nya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu ini pasaran pun dalam situasi 'corrective' dan sukar nak meramalkan apa yang bakal berlaku,padahal kita nak 'buy' atau 'sell' sahaja....hehehehe Apa yang anda fikirkan tentang foto di sebelah, tak kira sama ada ia berlaku di negara kita atau tidak, kemiskinan sememangnya wujud di negara kita. Foto tersebut banyak memberi keinsafan kerana dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita, sewajarnya kita menjadi insan yang bersyukur dan membelanjakan sebahagian harta kita ke jalan fisabilillah. Kita seharusnya bersyukur kerana ia mungkin tidak berlaku ke atas diri kita atau keluarga kita atau saudara mara kita atau jiran mungkin.Ramai lagi insan lain di sekeliling kita yang sukar untuk mencari nafkah hidup, tambah-tambah lagi yang berada di kotaraya seperti Kuala Lumpur dan lain-lain bandar besar.Kita bersyukur di beri ilmu oleh Allah SWT dalam dunia perniagaan forex ini.Dan walaupun ia memberi seribu cabaran buat kita, tapi kita tidak pernah berputus asa dan terus mencuba dan berusaha.Syabas buat diri kita semua! Sebagai 'wiseman trader', kita tidak seharusnya menjadi manusia yang tidak bersyukur dan mementingkan diri sendiri. Insyallah dengan kesedaran dan keinsafan kita dalam membantu insan-insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, orang kurang upaya, orang miskin dan sebagainya, kita akan terus dilimpahi rahmat dan rezeki oleh Allah SWT. Didoakan saya dan juga rakan-rakan 'trader' menjadi insan yang bersyukur dan senantiasa membantu insan-insan yang memerlukan...amiin!!!
Posted by OneRich at 9:11 PM 0 comments
Saturday, November 1, 2008BULLISH DAN BEARISH DIVERGENCE BAR
Sebagai pengenalan BDB adalah satu posisi yang dikatakan 'posisi terbaik' di dunia apabila 'entry' dan kita akan mampu memperolehi profit yang maksima. Wajib kita melihat terlebih dahulu wujudnya bar bdb tersebut apabila melihat 'siapa' yang 'control' pasaran semasa.
Pada 'post' kali ini saya cuba menerangkan BDB ini mengikut pemahaman saya dan jika ada kelemahan diharapkan rakan-rakan perbetulkan. Seringkali kita akan menyalahkan sistem kerana apabila masuk dengan bdb tapi masih loss. Oleh kerana 'entry bdb' ini ini adalah 'Gambling Phase', oleh itu kita harus memilih BDB yang berkualiti sebagai 'entry' kita. Dan di bawah ini saya lampirkan contoh-contoh bdb yang berlaku dalam 'pair EURUSD' kerana ini adalah 'pair' pilihan urus niaga saya. Pesoalan timbul di Time Frame mana nak tengok, ia bergantung kepada kita sendiri nak urus niaga di TF mana, bagi saya 'entry' di TF M15 dan sebagai 'action price' di TF H1 dan TF H4. Kalau anda nak 'entry' di TF M5 atau TF H1 terpulanglah. Sebab di mana-mana TF pun ada BDB. Yang penting kita tahu bdb tersebut mesti mengikut syarat-syaratnya seperti berlaku 'lower low' atau 'higher high' dari bar sebelum dan bar semasa, ia juga harus bergerak jauh daripada 'gator' dan kalau bagus lagi ia berada di 'peak' AO.
[size=85%]thanks a lot to Masta Fooart
Posted by OneRich at 10:21 AM 1 comments
Thursday, October 30, 2008Catat Jangan Tak Catat
Sejak dari zaman persekolahan hingga sekarang, kita tidak dapat tidak kita akan sentiasa tidak lekang dengan nota. Masa sekolah wajib catat nota semasa dalam kelas atau ulangkaji. Dan masa kerja pula kena catat nota juga apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan atau dalam mesyuarat.Oleh itu, catatan nota adalah suatu perkara yang mustahak bagi melicinkan kerja kita. Oleh itu, salah satu ciri 'wiseman trader' yang berjaya, kita semestinya menjadikan amalan mencatat nota urus niaga satu rutin harian untuk rujukan akan datang dan memudahkan kita membuat 'post mortem'. Setiap 'entry' kita akan dicatat dan seterusnya 'copy' 'screen shot' dan tulis apa yang berlaku pada masa itu dan alasan-alasan kukuh yang menyebabkan kita 'entry'. Jika ia memberi 'profit' atau pun 'loss', kita tetap mencatat selepas tamat urus niaga tersebut. Dan buka satu 'folder' Nota Catatan Urus Niaga bagi memudahkan untuk kita membuat rujukan.Kalau nak bagus lagi, kita 'print out' dan masukkan dalam fail urus niaga kita. Perkara kedua, saya ditanya oleh salah seorang pengunjung blog ini ialah tentang 'money management'. Saya bukanlah seorang pakar, tetapi apa yang dilakukan ialah setiap entry kita berdasarkan 'Bullish/Bearish Divergence Bar', oleh itu Stop Loss kita ialah satu 'tick' di atas/ di bawah bar tersebut.Kalau 'entry' di TF M15, kebiasaannya SL kita sekitar 20-30 pips dan mungkin kurang atau lebih lagi.Jika BDB kita itu berkualiti, insyallah kita akan 'profit' tanpa menghampiri SL kita. Apa yang menjadi masalah juga apabila 'entry' tidak berdasarkan BDB, dan ini menyebabkan kita tiada lokasi sesuai untuk SL melainkan berdasarkan modal semasa kita. Kalau kes macam nih, saya akan tetapkan paling besar sanggup kerugian ialah 5% sahaja.Tetapi pernah apabila 3%, saya sudah 'cutloss'.Sebab utama ialah jika kita salah masuk, kenapa perlu susah-susahkan diri lagi.Insyallah 3%-5% itu, kita akan dapat ganti pada urus niaga akan datang atau esok hari.Oleh kerana, sekarang fokus 'entry' berdasarkan BDB, maka SL ialah di BDB jugalah.Bagi yang tidak menggunakan sistem chaos, terpulang kepada cara masing-masing, tetapi kebiasaannya sanggup tanggung kerugian ialah 5%-10%, tetapi atas daripada 5% itu, saya anggap agak besar. Saya juga amalkan cara untuk mengelakkan loss ialah 'lock profit' sekurang-kurangnya 1 pips dari 'open price' apabila market sudah bergerak 'profit' sekurang-kurangnya 10-20 pips.Tetapi minggu ini berlaku dua kes, harga kena SL tersebut dan seterusnya bergerak ikut arah masuk sehingga 60-80 pips.Memang rasa rugi, tetapi apakan daya,oleh kerana semasa urus niaga tersebut, ada perkara-perkara lain yang dilakukan, maka redhalah dengan rezeki sekian-sekian.Dan apabila harga makin bergerak mengikut arus kita, saya akan pindahkan SL tersebut mengikut fractal dan di sini boleh digunakan kaedah trailling 5 consecutive bar.Apa yang menjadi masalah apabila 'market corrective', tetapi kita masih mahu urus niaga..hehehe.Jika 'trending', 'alligator'lah panduan kita.Walau apa pun tindakan kita, yang kita inginkan ialah menjaga akaun kita agar dalam keadaan selamat. Wassalam...
Posted by OneRich at 9:39 PM 1 comments
Tuesday, October 28, 2008Kasi Semangat Sikit!
Hari ini asyik terlepas 'bas' nak 'entry', jadi apa kata silau-silau nilai tukaran semasa. Nampaknya kedudukan MYR semakin melemah dan ia memberi pulangan lebih baik untuk 'trader' semasa 'withdraw' nanti. Dengan 'profit' USD100 pun kira lumayanlah untuk buat beli susu anak atau belanja dapur...heheheh Walau bagaimanapun bagi 'wiseman trader', segala peraturan yang telah dijelaskan dalam e-book atau video dan sebagainya perlulah dipatuhi sekiranya kita ingin menjadi seorang 'trader' yang konsisten ( ni nasihat untuk diri sendiri jugak nih!). Salah satu faktor yang menjadi 'kelemahan' yang perlu di atasi ialah 'keberanian' untuk entry jika sudah 'jumpa' bdb ( kerana tak semua bdb itu berkualiti untuk kita masuk ). Pesan Tok Guru, masuk saja yang mana wujud, kalau tak yakin,masuk dengan lot yang kecil untuk kita mudah belajar dan ingat berbanding dengan hanya menjadi pemerhati sahaja.Yang penting kita tahu 'underlying structure' sesuatu 'pair' tersebut dan ia akan banyak membantu kita nanti. Apa-apa pun terpulang kepada cara masing-masing kerana kefahaman kita memang berbeza antara satu sama lain apabila melihat 'chart'.Yang penting kita berani untuk membuat keputusan atas penilaian kita terhadap urus niaga kita.Ini yang saya perlu beri perhatian juga.Insyallah!
Posted by OneRich at 8:19 PM 0 comments
Sunday, October 26, 2008Panduan Trading Wiseman Trader
Panduan ini adalah Nota Ulangkaji Peribadi Bayangkan dengan Risiko SL 22 pips mampu menghasilkan 1000 pips profit. Walaupun tak semua situasi memihak, tetapi majoriti berhasil dengan konsep ' trading is waiting...' [size=85%]Semoga saya dan anda pengunjung blog ini akan terus menambah koleksi profit dan sama-sama 'withdraw' nanti...insyallah! * mohon teguran jika ada sebarang kesilapan dan kelemahan.
Posted by OneRich at 9:35 PM 0 comments
Friday, October 24, 2008Nilai Tukaran Terkini
Suatu saat yang dinantikan oleh setiap trader ialah di saat menunggu hasil tuaian mereka masuk ke dalam akaun masing-masing. Dan perkhabaran terkini, seperti apa yang dilihat di sebelah ini. Suatu ketika RM dalam situasi selesa. Sekarang untuk depo ke broker rasanya agak membebankan juga tetapi sebaliknya bagi yang ingin 'withdraw', ia sesuatu menggembirakan. Walau apa pun, peluang sudah ada di hadapan kita (chart), yang menjadi persoalan sama ada kemampuan kita mengaplikasikan 'trading system' kita sendiri untuk mengaut keuntungan atau sebaliknya. Dan sering kali atau acap kali disebut ialah DISIPLIN, SABAR dan JANGAN TAMAK.Ia bukan semudah yang dijangkakan. Dan sebagai Wiseman Trader, jika ingin sukses dengan sistem, kita WAJIB masuk urus niaga bila wujudnya BDB dan masuk dengan Pending Order dan seterusnya menjaga akaun kita dengan Stop Loss ( 1 tick di atas/di bawah bdb ). Seperti mana yang saya pelajari iaitu, untuk menilai sejauh mana 'filter' kita wajar diperiksa atau dikemaskini semula ialah berdasarkan 'perfomance' kita dalam 'trading' semasa kita.Jika ia memberangsangkan, wajar ia diteruskan, tetapi jika kurang menarik, maka amat wajar kita membetulkannya semula. Masuk 'workshop' untuk seketika dan mencari apa puncanya. [size=85%]* terima kasih tak terhingga buat prof n fooart.
Posted by OneRich at 3:20 PM 0 comments
Sunday, October 19, 2008Diskusi Forex
Nampaknya suasana raya masih terasa, masing-masing sibuk buat atau pun pergi ke rumah terbuka. Suasana biasa di Lembah Klang ini, setiap hujung minggu pasti bulan Syawal ini akan meriah dengan 'rumah terbuka'. Malam semalam, berpeluang bersua muka dengan rakan-rakan trader dari forum KFC.Hannan, Matlan, Fuji dan Zack. Biasa diskusi secara online, apabila dapat berjumpa satu meja, banyak perkara yang dibincangkan tentang dunia forex. Dan sebagai trader, rasanya perlu kita keluar sekali sekala berdiskusi dengan rakan-rakan trader yang lain bagi menambah pengetahuan dan juga saling bertukar fikiran. Tidak semestinya menggunakan satu sistem 'trading', kita boleh berdiskas dalam pelbagai perkara atau isu semasa berkaitan
forex dan sebagainya. Pelbagai topik diperbincangkan seperti situasi pasaran sekarang dan pengalaman masing-masing sepanjang urus niaga. Profit dan Loss adalah sesuatu yang rutin bagi seorang trader.Tiada apa yang nak dimalukan, kerana kita dapat berkongsi pengalaman dan jadikan ia suatu ilmu untuk kita urus niaga pada masa akan datang. Apa yang menarik isu yang kami diskas dan ingin saya kongsikan di ruangan ini ialah tentang psikologi trading. Ia sememangnya suatu perkara yang amat penting, tetapi kadang-kadang dipandang sepi oleh trader dan lebih fokus kepada sistem semata-mata. Padahal psikologi ini yang banyak mempengaruhi kehidupan semasa kita, oleh itu tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi suasana urus niaga kita.Contohnya, apabila kita ditimpa apa-apa masalah atau sakit, adakah fikiran atau minda kita akan tenang? Bolehkah kita berurus niaga pada hari tersebut? Boleh memang boleh, tetapi apakah keputusan buy sell kita nanti mengikut disiplin trading kta atau dipengaruhi emosi. Sebagai trader muslim, apa kata sebelum kita berurus niaga atau menekan butang BUY atau SELL, kita dalam keadaan tenang atau suci atau bersih. Maknanya kita dalam keadaan berwuduk, semoga sifat-sifat negatif atau tamak dan sebagainya dapat dihapuskan semasa urus niaga. Dan lagi baik, kita mulakan hari dengan Solat Dhuha dan memohon keredhaan Illahi di sepanjang hari tersebut. Sememangnya bagi Wiseman Trader, setiap pagi diminta menulis 'morning pages' dan ia ada matlamatnya tersendiri. Tetapi apabila kita memohon kepada Maha Pencipta Allah SWT. Maka Insyallah, urus niaga kita akan lebih sukses dan kita pun dalam keadaan tenang dan bijaksana. Terima kasih Hannan, Matlan, Zack & Fuji atas perkongsian idea.
Posted by OneRich at 7:59 PM 0 comments
Saturday, October 18, 2008Contoh Entry/Exit Trading Chaos

Posted by OneRich at 7:51 AM 0 comments
<< Newer Posts Older Posts >> Home
|